BELAJAR DARI YANG TERPELAJAR
Thursday, 28 May 2015
Taman Negara Pahang
a) Antare hak pemeh dekat Malaysia ni!
(Antara yang famous dalam Malaysia ni)
b) Outdoor hak sesuei untuk musim paneh ni!
(Aktiviti luar yang sesuai di musim panas)
c) Koi anok Pahang, oghang Jengke deme.
(Saya anak kelahiran Pahang. Orang Jengka)
LATAR BELAKANG TAMAN NEGARA PAHANG
Peta Negeri Pahang |
Thursday, 25 April 2013
Pembelajaran konstruktivisme
Istilah konstruktivisme ini merujuk kepada idea bahawa pelajar membina pengetahuan untuk
diri mereka sendiri. Setiap pelajar secara individu(dan sosial) membina makna contoh seperti
dia belajar membina makna bagi sesuatu pembelajaran. Konstruktivisme juga berasaskan
pandangan bahawa proses pembelajaran adalah aktif dan dinamik. Ia berkembang sedikit
demi sedikit sepanjang hayat seorang individu. Dalam erti kata lain, apa yang dilalui dalam
kehidupan seorang individu merupakan himpunan kesemua pengalaman yang
dialami oleh manusia. Seseorang individu akan membina atau konstruk ilmu pengetahuan
dengan usaha sendiri dan bukan menguasainya daripada orang lain semasa proses ini.
Pembinaan ilmu adalah
satu proses semulajadi. Menurut penyokong konstruktivis, apabila manusia
berhadapan dengan sesuatu yang tidak diketahui, mereka ingin memahaminya.
Naluri mereka akan mengaitkan maklumat baru dengan pengetahuan yang sedia ada
supaya ia menjadi satu informasi yang bermakna (Jonassen, 1996;Jones et al,
1993). Jean Piaget, Jerome Bruner, Lev Vygotsky, John Dewey dan Seymour Papert
adalah antara tokoh-tokoh mazhab konstruktivisme terdiri daripada ahli-ahli
psikologi dan pakar pendidikan. Menurut teori konstuktivisme, pengetahuan adalah
produk minda yang dibina (konstruk) dengan pengalaman dan input baru yang
diterima melalui deria-deria sebagai hasil persepsi.
Murid-murid akan membina makna bagi setiap fenomena di sekelilingnya melalui
refleksi. Mereka akan menjana peraturan dan panduan mental sendiri agar memahami dunia
sekeliling seperti dalam rumah, sekolah dan komuniti hidup seharian. Dengan itu,
pembelajaran mereka dipengaruhi oleh cara sesuatu topik dipersembahkan oleh guru-guru
dan kualiti pengalaman yang ada pada murid-murid.

PRINSIP-PRINSIP
PEMBELAJARAN KONSTRUKTIVISME
Prinsip yang pertama, pembelajaran adalah satu proses yang aktif di mana pelajar menggunakan input deria dan membina makna daripadanya. Rumusan yang lebih tradisional idea ini melibatkan istilah pelajar yang aktif (istilah Dewey) menekankan bahawa pelajar perlu melakukan sesuatu; di mana pembelajaran bukanlah penerimaan pasif pengetahuan, ilmu pengetahuan tidak boleh wujud di luar minda tetapi dibina dalam minda berdasarkan pengalaman sebenar..

Kedua, manusia belajar cara belajar
kerana mereka belajar, dimana pembelajaran terdiri membina makna dan membina
sistem makna. Sebagai contoh, jika kita belajar mengenalpasti sela masa dalam
jadual waktu dalam mata pelajaran matematik, kita akan belajar makna jadual
dalam masa yang sama. Setiap makna kita membina membuatkan kita lebih berupaya
untuk memberi makna bagi sensasi lain yang boleh dimuatkan dalam corak yang
sama.
Selain itu, peranan tindakan yang sangat penting dalam membina makna adalah mental: ia berlaku dalam minda. Tindakan fizikal, pengalaman secara hands-on sangat diperlukan untuk pembelajaran, terutamanya bagi kanak-kanak. Bagi mengukuhkan lagi pembelajaran, kita juga perlu menyediakan aktiviti-aktiviti yang melibatkan minda serta fizikal (Dewey menyebut aktiviti ini sebagai reflektif).

Seterusnya, pembelajaran melibatkan
bahasa, bahasa yang kita gunakan mempengaruhi pembelajaran. Pada peringkat
empirik, penyelidik telah mendapati bahawa individu bercakap kepada diri mereka
semasa belajar. Pada peringkat yang lebih umum, Vigotsky menegaskan bahawa
bahasa dan pembelajaran adalah berkait saling berkaitan. Perkara ini jelas
ditekankan dalam merujuk kepada keperluan untuk menghormati bahasa ibunda.
Bahasa ibunda haruslah sebagai bahasa pengantar utama bagi memudahkan proses
pembelajaran.
Prinsip yang kelima pula
menyatakan pembelajaran adalah aktiviti sosial, dimana pembelajaran kita
berkaitrapat hubungan kita dengan manusia yang lain, guru-guru, rakan-rakan,
keluarga serta kenalan kasual. Kita lebih cenderung untuk berjaya dalam usaha
kami untuk mendidik jika kita mengiktiraf prinsip ini dan bukannya cuba untuk
mengelakkan ia. Kebanyakan pendidikan tradisional, seperti yang ditegaskan
Dewey, lebih terarah kepada mengasingkan pelajar semua daripada interaksi
sosial, dan ke arah melihat pendidikan sebagai satu-satu hubungan antara
pelajar dan bahan objektif yang perlu dipelajari. Sebaliknya, pendidikan
progresif (untuk terus menggunakan formulasi Dewey) mengiktiraf aspek sosial
pembelajaran dan menggunakan perbualan, interaksi dengan orang lain, dan
aplikasi pengetahuan sebagai aspek penting pembelajaran.
Pembelajaran juga adalah kontekstual, bermaksud kita
belajar dalam hubungan apa lagi yang kita tahu, apa yang kita percaya,
prasangka kita dan kebimbangan kita. Ia menjadi jelas bahawa ini sebenarnya
adalah akibat dari idea bahawa pembelajaran adalah aktif dan sosial. Kita tidak
boleh mengelakan suatu pembelajaran dari kehidupan harian.
Selain itu, pengetahuan juga
diperlukan untuk seseorang itu belajar. Adalah sesuatu yang tidak mungkin untuk
sesorang itu mengasimilasikan pengetahuan baru tanpa mempunyai beberapa
struktur yang dikembangkan dari pengetahuan sebelumnya untuk dibina. Lebih banyak
kita tahu, lebih banyak kita boleh belajar. Oleh itu, sebarang usaha untuk
mengajar mesti dihubungkan dengan keadaan pelajar, mesti diwujudkan laluan ke
arah subjek bagi pelajar berdasarkan pengetahuan sedia ada.
Prinsip yang kelapan pula
adalah mempelajari sesuatu perkara
memerlukan masa, pembelajaran bukanlah terbina secara serta-merta. Untuk
pembelajaran yang signifikan, kita perlu melewati semula idea, cuba untuk
bermain dengan idea-idea bagi menyesuaikan dengan pengajaran dan menggunakan
idea-idea. Ini tidak boleh berlaku dalam 5-10 minit . Jika anda memikirkan
tentang apa yang anda telah belajar, anda akan menyedari bahawa ia adalah hasil
dari sesuatu pengulangan pendedahan dan pemikiran.
Prinsip yang terakhir pula menegaskan bahawa motivasi adalah satu komponen penting
dalam pembelajaran. Bukan sahaja membantu pembelajaran, motivasi juga adalah penting
untuk pembelajaran. Idea motivasi ini diilhamkan untuk merangkumi pemahaman cara di mana
pengetahuan yang boleh digunakan. Melainkan kita tahu "sebab mengapa", kita tidak boleh
sangat terlibat dalam menggunakan pengetahuan yang boleh diterapkan dalam diri kita.
CIRI-CIRI PEMBELAJARAN
KONSTRUKTIVISME
Ciri paling penting
pembelajaran konstruktivisme ialah murid-murid bertanggungjawab ke atas
pembelajarannya.Guru-guru mesti sedar tentang corak mental pelajar yang
membantu mereka mengerti dunia dan membuat andaian-andaian untuk menyokong
pemikiran mereka. Dalam teori konstruktivisme, pembelajaran bukan merupakan
satu proses penghafalan maklumat di mana jawapan betul diberikann oleh
guru-guru.
Justeru itu, pembelajaran mesti
bermula dengan isu-isu yang berkait rapat dengan minat dan naluri ingin tahu
murid-murid.Pemahaman sesuatu topic pembelajaran harus dibuat secara menyeluruh
dan sebagai kaitan di antara bahagia-bahagian yang kecil.Jusyeru itu,
pembelajaran berpusatkan kepada penguasaan konsep-konsep asas.
Guru-guru juga harus mendorong
proses pembelajaran murid-murid dengan mengemukakan soalan-soalan terbuka yang
sering mengadakan perbincangan kumpulan di kalangan murid-murid.
Teori konstruktivis tidak
menggalakkan pernilaian sumatif yang berpusat ; sebaliknya, penilaian harus
formatif dan berterusan dan dijalankan serentak dengan proses pembinaan dan
penguasaan ilmu. Oleh yang demikian, penggubal kukirikulum konstraktivis perlu
menggalakkan pembinaan kurikulum yang dinamik dan berubah-berubah berdasarkan
pengetahuan sedia ada individu serta penyelesaian masalah secara praktikal.
Pembelajaran masteri
Pembelajaran masteri merupakan pendekatan
pengajaran dan pembelajaran yang
berfokuskan penguasaan murid dalam sesuatu
perkara yang diajar. Manakala menurut
falsafah Bloom menyatakan bahawa semua
atau hampir semua murid boleh menguasai
sesuatu pengetahuan atau kemahiran
dengan baik dan penuh keyakinan sekiranya keadaan
yang sesuai serta masa yang
mencukupi disediakan untuk murid itu menguasai
pembelajarannya
KONSEP
PEMBELAJARAN MASTERI
Pembelajaran Masteri
merupakan suatu pendekatan pengajaran dan pembelajaran bagi memastikan semua
murid menguasai hasil pembelajaran yang diharapkan dalam suatu unit
pembelajaran sebelum ke unit pembelajaran seterusnya. Pendekatan ini memerlukan
proses pengajaran dan pembelajaran yang terancang dan berkualiti serta memberi
fokus kepada masa pembelajaran yang diperlukan. Dalam proses melaksanakan
pembelajaran masteri, cabaran utamanya ialah menyediakan masa yang mencukupi
untuk mengatur strategi-strategi pembelajaran untuk memastikan semua pelajar
akan mencapai keupayaan yang sama
Kesimpulannya,
Pembelajaran Masteri ialah satu kaedah pengajaran secara individu yang
berstruktur dan dibahagikan kepada unit-unit kecil pengetahuan serta kemahiran
yang akan
dipelajari. Pembelajaran secara ini memerlukan pelajar menguasai hasil
pembelajaran
sesuatu unit pembelajaran sebelum ke unit pembelajaran seterusnya.
TUJUAN
PEMBELAJARAN MASTERI
Tujuan Pembelajaran
Masteri adalah untuk memastikan semua pelajar mencapai objektif pelajaran dan
membolehkan masa yang mencukupi untuk setiap pelajar mencapainya.
Pembelajaran masteri
perlu dilaksanakan kerana guru perlu mengetahui bahawa murid mempunyai
kebolehan dan keperluan yang berbeza antara satu sama lain seperti kebolehan
membaca dan kebolehan menulis. Seterusnya, murid memerlukan pendekatan
pengajaran dan pembelajaran yang sesuai dan berkesan. Ini disebabkan oleh
kebolehan setiap murid untuk memahami sesuatu pembelajaran berbeza seperti
sesetengah murid mudah memahami pembelajaran melalui aktiviti nyanyian.
Akhirnya, murid mesti menguasai pengetahuan, kemahiran dan sikap yang
diajarkan. Perkara ini untuk memastikan tiada murid yang tercicir dalam
pengajaran dan pembelajaran.
Monday, 22 April 2013
Strategi, kaedah, teknik dan pendekatan dalam pengajaran
Mnurut Mok Soon Seng,
PENDEKATAN: -Cara
mendekati sesuatu matapelajaran
-Cara bagaimana
sesuatu pelajaran diajar yang yang berlandaskan objektif
asalnya
asalnya
-Set teori yang
sistematik
KAEDAH: -1 siri tindakan yang sistematik
dengan tujuan untuk mencapai objektif dalam
masa yang singkat
masa yang singkat
-Cara mendekati
sesuatu objektif pelajaran dengan langkah penyampaian yang
tersusun
tersusun
TEKNIK: -Kemahiran yang dimiliki oleh guru
dalam pengolahan dan pelaksanaan kaedah
belajar dalam sesuatu aktiviti pengajaran dan pembelajaran
belajar dalam sesuatu aktiviti pengajaran dan pembelajaran
STRATEGI: -1 pendekatan dalam pengajaran dan
pembelajaran yang memusatkan kepada
pelajar
pelajar
*Berdasarkan ini,
bermakna tidak ada satu kaedah yang terbaik untuk untuk semua matapelajaran
bagi semua pelajar dalam semua matapelajaran
RANCANGAN PELAJARAN HARIAN (RPH) TAHUN 4
DISEDIAKAN
OLEH : RABA’IAH YUSOH
MATA PELAJARAN: PENDIDIKAN SENI VISUAL
BIDANG : MEMBUAT CORAK DAN REKAAN
TAHUN: TAHUN 4
TAJUK: TEKNIK TIUPAN
TARIKH: 23 APRIL 2013
MASA: 3.00-4.00 PETANG
OBJEKTIF: Pelajar dapat menguasai teknik tiupan dengan cara yang betul
: Pelajar dapat menyiapkan produk akhir

Bil
Masa/ Minit
|
Isi
Pengajaran
|
Catatan
Pengajaran |
Catataan
/Alat Bantu
|
2 period
(60 minit) |
-Guru
memulakan proses P&P dengan menayangkan sekeping gambar yang berkaitan
dengan teknik tiupan
-Guru memaparkan hasil produk yang telah terhasil -Guru meminta pelajar membuat beberapa kumpulan bagi peggunaan warna secara kumpulan -Guru meminta pelajar memulakan kerja masing-masing - Guru membuat pantaun terhadap hasil kerja pelajar -Produk berjaya dihasilkan oleh pelajar |
-Pelajar
diminta untuk
meneka apa yang bakal dihasilkan - Kebanyakkan pelajar menyatakan pendapat masing-masing - Guru memaparkan lebih banyak contoh dan corak yang terhasil -Setiap wakil kumpulan diminta ke hadapan untuk mengambil barangan yang berkaitan -Pelajar dibantu dengan alat bantuan yang memaparkan teknik meniup - Guru memberi cadangan ringkas kepada pelajar -Guru membuat kesimpulan |
-
Pelajar dibekalkan dengan straw, warna
poster, kertas lukisan, cawan, air
- Satu set warna poster, straw bagi setiap orang pelajar, kertas lukisan, cawan |
REFLEKSI MINGGU KE-8
Assalamualaikum kepada Dr Zuraidah selaku pensyarah kami selama 5 minggu. Pada minggu ini yang merupakan minggu ke 4 bersama Dr Zuraidah, kami telah dikongsikan satu pembentangan daipada rakan pelajar yang lain yang menekankan aspek pengajaran dalam pendidikan.
Sepanjang pembentangan tersebut, saya telah difahamkan mengenai kaedah pembelajaran yang berkesan. Ahli pembentangan ada menyatakan bahawa guru banyak memainkan peranan dalam pembelajaran murid. Kemahiran yang dimiliki oleh seseorang guru dalam mengendali kelas dapat mempengaruhi aras pemahaman terhadap pelajar.
Dalam hal ini juga dibantu oleh alat bantu (tools centred) semasa sesi pembelajaran. Alat-alat yang mempunyai kaitan dengan sesuatu pembelajran atau subjek dapat membantu meningkatkan pemahaman pelajar dengan lebih cepat. Penggunaan alat rakaman video dan rakaman foto-foto contoh akan gubahan yang perlu diselesaikan oleh pelajar. Sebagai contoh, rakaman produk yang dihasilkan seperti teknik lipatan dalam pembuatan baju daripada kertas. Melalui kaedah ini, pelajar dapat mengikut atau mengambil idea sebagai idea awal. Kesan dalam penggunaannya merupakan matlamat guru iaitu mampu menjalankan P&P dalam keadaan yang menghiburkan serta meningkatkan kefahaman pelajar. Antara kepentingannnya ialah menarik minat pelajar dalam proses P&P. Penggunaan video, audio atau teks yang menarik mampu meningkatkan tumpuan pelajar secara tidak langsung kawalan kelas dapat dilakukan dengan baik.
Selain itu, kami juga didedahkan mengenai teknik-teknik yang kebiasaanya digunakan oleh tenaga pengajar. Teknik ini meliputi teknik induksi dan deduksi. Teknik induksi ialah tenaga pengajar mengamalkan pembelajaran dengan cara menceritakan yang khusus kepada umum. Dalam 'entry' terdahulu juga saya ada menyatakan tentang kedua-dua teknik ini.

Subscribe to:
Posts (Atom)