Pembelajaran masteri
Pembelajaran masteri merupakan pendekatan
pengajaran dan pembelajaran yang
berfokuskan penguasaan murid dalam sesuatu
perkara yang diajar. Manakala menurut
falsafah Bloom menyatakan bahawa semua
atau hampir semua murid boleh menguasai
sesuatu pengetahuan atau kemahiran
dengan baik dan penuh keyakinan sekiranya keadaan
yang sesuai serta masa yang
mencukupi disediakan untuk murid itu menguasai
pembelajarannya
KONSEP
PEMBELAJARAN MASTERI
Pembelajaran Masteri
merupakan suatu pendekatan pengajaran dan pembelajaran bagi memastikan semua
murid menguasai hasil pembelajaran yang diharapkan dalam suatu unit
pembelajaran sebelum ke unit pembelajaran seterusnya. Pendekatan ini memerlukan
proses pengajaran dan pembelajaran yang terancang dan berkualiti serta memberi
fokus kepada masa pembelajaran yang diperlukan. Dalam proses melaksanakan
pembelajaran masteri, cabaran utamanya ialah menyediakan masa yang mencukupi
untuk mengatur strategi-strategi pembelajaran untuk memastikan semua pelajar
akan mencapai keupayaan yang sama
Kesimpulannya,
Pembelajaran Masteri ialah satu kaedah pengajaran secara individu yang
berstruktur dan dibahagikan kepada unit-unit kecil pengetahuan serta kemahiran
yang akan
dipelajari. Pembelajaran secara ini memerlukan pelajar menguasai hasil
pembelajaran
sesuatu unit pembelajaran sebelum ke unit pembelajaran seterusnya.
TUJUAN
PEMBELAJARAN MASTERI
Tujuan Pembelajaran
Masteri adalah untuk memastikan semua pelajar mencapai objektif pelajaran dan
membolehkan masa yang mencukupi untuk setiap pelajar mencapainya.
Pembelajaran masteri
perlu dilaksanakan kerana guru perlu mengetahui bahawa murid mempunyai
kebolehan dan keperluan yang berbeza antara satu sama lain seperti kebolehan
membaca dan kebolehan menulis. Seterusnya, murid memerlukan pendekatan
pengajaran dan pembelajaran yang sesuai dan berkesan. Ini disebabkan oleh
kebolehan setiap murid untuk memahami sesuatu pembelajaran berbeza seperti
sesetengah murid mudah memahami pembelajaran melalui aktiviti nyanyian.
Akhirnya, murid mesti menguasai pengetahuan, kemahiran dan sikap yang
diajarkan. Perkara ini untuk memastikan tiada murid yang tercicir dalam
pengajaran dan pembelajaran.
No comments:
Post a Comment