Monday 22 April 2013

REFLEKSI MINGGU KE-6

 Kuliah pada minggu ini adalah kuliah yang kedua kami bersama Dr Zuraidah Abdullah. Kali ini banyak menekankan mengenai persediaan untuk menjadi seorang guru atau pendidik. Persediaan tersebut termasuklah persediaan fizikal dan mental. Seorang guru hendaklah berada dalam keadaan bersedia dalam menghadapi sebarang kemungkinan lebih-lebih lagi pertanyaan daripada pelajar. Sebagai seorang pendidik yang baik juga, mereka perlu memerhati kelebihan atau psykomotor yang ada dalam diri pelajar. Hal ini dapat melahirkan lebih ramai penggiat seni atau penghayat yang mempunyai kepakaran dalam bidang2 tertentu. 

   Objektif kurikulum seni visual juga dimuatkan dalam kuliah pada minggu ini. Ini bertujuan untuk meningkatkan kefahaman dalam sebarang aktiviti yang melibatkan seni. Kefahaman ini boleh menambahkan rasa seronok dan  teruja dalam segala kegiatan seni yang dilakukan. 

   Selain itu, kami juga difahamkan mengenai tumpuan utama SV. Ia melibatkan pemerhati secara aktif, interaksi yang kritis dan kreatif dengan alat dan bahan, apresiasi SV secara mudah dan menghargai nilai baik dalam semua aspek kehidupan. Segala yang berkaitan dengan seni memerlukan pemikiran yang kritis dan kreatif pelajar bagi memperoleh hasil atau produk yang bernilai.

4 bidang dalam PSV KSSR 

1) menggambar
2) membuat corak dan rekaan
3) membentuk dan membuat binaan
 4) mengenal kraf tradisional
4

bidang ini melibatkan memerhati secara aktif, interaksi yang kritis dan kreatif dengan alat dan bahan apresiasi SV pemikiran abstrak. 
                                                                

No comments:

Post a Comment