Monday 22 April 2013

REFLEKSI MINGGU KE-8

 Assalamualaikum kepada Dr Zuraidah selaku pensyarah kami selama 5 minggu. Pada minggu ini yang merupakan minggu ke 4 bersama Dr Zuraidah, kami telah dikongsikan satu pembentangan daipada rakan pelajar yang lain yang menekankan aspek pengajaran dalam pendidikan.

    Sepanjang pembentangan tersebut, saya telah difahamkan mengenai kaedah pembelajaran yang berkesan. Ahli pembentangan ada menyatakan bahawa guru banyak memainkan peranan dalam pembelajaran murid. Kemahiran yang dimiliki oleh seseorang guru dalam mengendali kelas dapat mempengaruhi aras pemahaman terhadap pelajar.

    Dalam hal ini juga dibantu oleh alat bantu (tools centred) semasa sesi pembelajaran. Alat-alat yang mempunyai kaitan dengan sesuatu pembelajran atau subjek dapat membantu meningkatkan pemahaman pelajar dengan lebih cepat. Penggunaan alat rakaman video dan rakaman foto-foto contoh akan gubahan yang perlu diselesaikan oleh pelajar. Sebagai contoh, rakaman produk yang dihasilkan seperti teknik lipatan dalam pembuatan baju daripada kertas. Melalui kaedah ini, pelajar dapat mengikut atau mengambil idea sebagai idea awal. Kesan dalam penggunaannya merupakan matlamat guru iaitu mampu menjalankan P&P dalam keadaan yang menghiburkan serta meningkatkan kefahaman pelajar. Antara kepentingannnya ialah menarik minat pelajar dalam proses P&P. Penggunaan video, audio atau teks yang menarik mampu meningkatkan tumpuan pelajar secara tidak langsung kawalan kelas dapat dilakukan dengan baik.



    Selain itu, kami juga didedahkan mengenai teknik-teknik yang kebiasaanya digunakan oleh tenaga pengajar. Teknik ini meliputi teknik induksi dan deduksi. Teknik induksi ialah tenaga pengajar mengamalkan pembelajaran dengan cara menceritakan yang khusus kepada umum. Dalam 'entry' terdahulu juga saya ada menyatakan tentang kedua-dua teknik ini. 

No comments:

Post a Comment